Seminar Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

Seminar ini adalah satu proses pembelajaran dan permahaman serta memahami tentang keajaiban dan kekuatan herba-herba di Malaysia. Peserta akan didedahkan teknik-teknik mendiagnos penyakit melalui tapak tangan dan diperkukuhkan dengan motivasi bagi menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan dugaan ini. Pakej ini merangkumi makan dan penginapan 2 hari 1 malam di Rumbia Resort Paka, Dungun, Terengganu atau mana-mana hotel yang bersesuaian mengikut tempat. Seminar ini akan diadakan setiap bulan sekali pada hari Jumaat Dan Sabtu. Penyertaan adalah terhad, beruntunglah jika anda ambil peluang ini…Jangan ketinggalan…sila hubungi saya untuk tempahan email : rkbudi@gmail.com atau rkbudi@yahoo.com.my Hubungi saya sekarang.

Tahun Baru Hijrah 1429

Esok bermulanya tahun baru Hijrah 1429, sebagai umat Islam kehadiran tahun baru Hijrah ini hendaklah kita sebagai seorang Muslim menyambut kedatangannya dengan doa, azam untuk membaiki diri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih baik dari tahun sebelumnya agar kehidupan masyarakat di dunia ini hidup dalam keadaan yang lebih aman dan tenang serta keamanan menjadi satu kepastian.

Setelah satu ribu empat ratus dua puluh sembilan tahun Nabi Muhamad S.A.W berhijrah dari Makkah ke Madinah, rata-rata umat Islam di seluruh dunia ini masih lagi berada dalam keadaan, sebahagiannya hidup aman, sebahagian hidup dalam ketakutan akibat dijajah atau peperangan. Namun apa yang kita harapkan semoga kehadiran tahun baru Hijrah 1429 ini, ianya akan memberi ruang baru untuk terus menikmati keamanan dan kesejahteraan buat umat Islam dan masyarakat dunia amnya. Kerana kita yakin bahawa sinar mentari akan sentiasa bersinar walaupun sekali sekala hujan turun membasahi bumi lantas menghilangkan pandangan mentari, yang pasti cahaya mentari tetap bersinar. Read the rest of this entry »

Tahun Baru 2008

Selamat tinggal tahun 2007 dan selamat datang tahun baru 2008 dan akan muncul tidak lama lagi, semoga tahun baru ini akan memberi sinar yang lebih cemerlang dan gemilang untuk kita dan kehidupan. Semoga kehidupan di dunia ini akan bertambah aman serta damai tanpa huru hara dan peperangan. Tanpa kerisauan dan kecelaruan, yang ada hanyalah kejayaan kerana manusia dicipta untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan.
Tahun Baru silih berganti namun sebahagaian dari kita masih berada ditakuk lama tiada perubahan untuk kejayaan diri. Aku bangga dengan diri aku yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa kearah yang lebih baik dari semalam. Semoga tahun 2008 aku menjadi lebih hebat dan berjaya dari tahun 2007. Aku pasti cemerlangnya diri ku adalah kerana fokus yang jelas dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan diri.

Perangai Manusia Menyerupai Binatang

Seks Bebas
Sebahagian manusia hari terlibat dengan seks bebas tanpa kahwin, hidup bebas tanpa kahwin dan tinggal bersama. Bergaul tanpa segan silu walaupun kekadang gambar hubungan itu dirakamkan oleh kawan-kawan seangkatan dan sekepala dengannya. Sama macam binatang yang hidup bebas serta melakukan hubungan kelamin dengan induk atau segolongannya. Ibu Tanpa Nikah- Sebahagian remaja kita hari ini menjadi ibu tanpa nikah, mengandung sebelum disahkan sebagai suami isteri. Atau lain perkataan bersama/bersetubuh sebelum kahwin menyerupai kehidupan haiwan. Read the rest of this entry »

Anak Tak Sah Taraf

Anak tak sah taraf ( anak luar nikah ) yang didaftarkan semakin bertambah dari setahun ke setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh JKM dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Ini cukup membimbangkan kita masalah sosial ini akan berterusan tanpa komitmen yang bersungguh-sungguh untuk menyekat menularnya hidup bebas, seks bebas dan sebagainya maka bertambah ramailah generasi akan datang lahirnya dari anak luar nikah. Jumlahnya mungkin lebih ramai lagi jika semuanya berdaftar atau dilaporkan. Read the rest of this entry »

Makanan Dan Kehidupan

Di negara kita Malaysia, makanan yang dihidangkan adalah berbagai-bagai termasuklah makanan segera dan makanan ringan. Jika dibandingkan dengan negara luar yang miskin, rakyat negara kita bolehlah dikatakan mewah dengan makanan apatahlah lagi berbagai-bagai, bagi negara yang menghadapi peperangan seperti Iraq sudah tentu rakyaknya agar sukar mendapatkan makanan seperti negara kita. Read the rest of this entry »

Hari Kejayaan Dan Kemenangan

Pada 10 Oktober 2007, sebagai seorang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia saya cukup berbangga kerana akhirnya orang melayu mampu menjadi angkasawan serta menakluki dunia yang luas angkasa bersama-sama bangsa lain di dunia ini. Tiada apa yang mustahilnya dalam dunia ini kerana sekarang zaman IT dan teknologi maka orang melayu tidak lagi ketinggalan jika sama-sama mengambil peluang yang baik untuk dimanfaatkan bersama. Dunia membuka mata, dunia memasang telinga mendengarnya. Tahniah Dr SMS, Dr kebanggaan kami. Read the rest of this entry »

Pilih Satu Antara Dua

Di Alam Kehidupan Ini
Hanya Ada Dua
Yang Perlu Dipilih
Untuk Menjalani Kehidupan
Kesilapan Dalam Memilih
Membawa Padah
Bijak Memilih Membawa Kebahagiaan
Lantas Bertanyalah
Pada Diri Sendiri
Apakah Pilihan Kita

Hidup Bahagia
Atau Hidup Derita
Hidup Senang
Atau Hidup Susah
Hidup Kaya
Atau Hidup Miskin
Hidup Dalam Keamanan
Atau Hidup Dalam Ketakutan
Hidup Dalam Kemakmuran
Atau Hidup Dalam Kesengsaraan

Menjadi Manusia Sebenar-benarnya Manusia
Atau Menjadi Manusia Pada Nama Sahaja
Menjadi Manusia Yang Jujur
Atau Menjadi Manusia Yang Khianat
Menjadi Manusia Yang Baik
Atau Menjadi Manusia yang Jahat

Menjadi Manusia Yang Pemaaf
Atau menjadi Manusia yang Pemarah
Itulah Kehidupan
Ada Perlawanannya
Kebaikan Akan Melawan Keburukan
Kebenaran Akan Melawan Penipuan

Kita Berkuasa Membuat Pilihan
Pilihan Berada Pada Diri Sendiri
Aku Memilih Keamanan Dan Ketenangan.

Dunia semakin panas…

Hari ini dunia yang kita diami semakin panas, akibat rakusnya sebahagian manusia memusnahkan bumi dengan membotakkan bukit atas nama pembangunan dan perniagaan. Kilang-kilang dibina dengan banyaknya dan melepaskan banyak bahan kimia yang jelas mencemarkan alam sekitar. Pembangunan adalah sesuatu yang penting untuk kehidupan namun ianya mestilah berpandukan garis panduan yang betul agar inya tidak merosakkan kehidupan kita. Read the rest of this entry »

Aku Cintakan Kedamaian

Pada awal September baru-baru ini di negeri Terengganu Darul Iman, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan rusuhan dan membakar bendera. Aku sedih bila membaca laporan akhbar kerana ada juga masyarakat kita yang bertindak ganas dan menjatuhkan maruah kita sebagai orang melayu yang terkenal dengan sifat lemah lembut serta berbudi bahasa. Di manakah adat ketimuran yang dibawa oleh datuk nenek kita dahulu kala, apakah sudah hilang adat ketimuran. Aku sedih melihat itu semua, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma bagi saya rusuhan dan kekacauan itu tidak perlu dalam kehidupan ini. Read the rest of this entry »

Pages (7): [1] 2 3 4 » ... Last »