Archive for the 'Masalah Sosial' Category

Cubaan Bunuh Diri

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita melalui media cetak dan elektronik ada kes cubaan bunuh diri dengan cara ingin terjun dari bangunan. Semua kes itu berlaku dalam jangka masa yang singkat mula-mula di Kuala Terengganu dan yang kedua di Kuala Berang, namun dengan kecekapan pihak berwajib mangsa cubaan bunuh diri dapat diselamatkan dengan jayanya. Sukar [...]

Mengandung Sebelum Kahwin

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai remaja yang berusia antara 16 tahun hingga 22 tahun mengandung terlebih dahulu barulah berkahwin dengan pasangannya, samaada kita sedar atau tidak itu adalah satu masalah besar kepada masyarakat dan generasi kita akan datang. Yang pasti lahirlah anak tak sah taraf.

Perangai Manusia Menyerupai Binatang

Seks Bebas Sebahagian manusia hari terlibat dengan seks bebas tanpa kahwin, hidup bebas tanpa kahwin dan tinggal bersama. Bergaul tanpa segan silu walaupun kekadang gambar hubungan itu dirakamkan oleh kawan-kawan seangkatan dan sekepala dengannya. Sama macam binatang yang hidup bebas serta melakukan hubungan kelamin dengan induk atau segolongannya.

Culik & Rogol – Usia 12 Tahun Ditahan.

Berita yang mengejut, bila polis menahan reman enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bagi membantu siasatan kes culik dan rogol bergilir-gilir seorang wanita pada jumaat lalu (Berita Harian 6 Ogos 2007 ) Semua remaja itu tidak lagi bersekolah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 dan 376 kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol.

Pelajar Perempuan- Bogelkan Kawan

Dua hari lepas saya dikejutkan dengan berita dalam akhbar di mana sembilan orang pelajar perempuan dari salah sebuah sekolah menengah, membogelkan seorang pelajar perempuan yang juga kawan sekolahnya hanya kerana mangsa mengatakan salah seorang pelajar terbabit gemuk, kerana dendam dan marah pelajar itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memalukan mangsa. Bukan itu sahaja malah [...]

Apabila Amanah Dibuang..

Hari ini ( Berita Mingguan 15.07.2007) seorang bayi ditemui ditinggalkan diatas kerusi di sebuah restoran di Taman Datuk Taha, Gemencheh. Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dibalut dengan tuala ditinggalkan dalam kesejukan dan masih berlumuran darah dijumpai oleh pemilik restoran. Bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaffar, Seremban untuk rawatan lanjut dan bayi tersebut [...]

Remaja Dan Jenayah Rogol

Berita Harian (10.07.2007) menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib pembabitan remaja dalam jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 96 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun lalu, statistik itu menunjukkan jenayah rogol kedua tertinggi selepas pergaduhan. Jenayah rogol dan pergaduhan yang dilaporkan itu adalah antara 1,831 jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan remaja dan pelajar [...]

Suami Tendang Isteri Mengandung

Mingguan Malaysia (01.07.2007) Seorang suami dipercayai bertindak agresif menumbuk serta menendang isterinya yang mengandung lima bulan hanya kerana tidak berpuas hati di atas berhubung penyediaan pakaiannya. Si suami telah ditahan polis dan juga didapati positif dadah jenis metaphetamine. Masalah penagihan dadah telah merosakkan jiwa serta mampu menghancurkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Dadah Musuh No.1 Negara

Masalah penagihan dadah di kalangan rakyat negara kita semakin parah dan cukup membimbang masyarakat hari ini, kerana ianya bukan sahaja merosakkan kehidupan penagih dadah itu, malah akan merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara. Pada saya masalah penagihan dadah adalah ibu kepada masalah sosial seperti mencuri, tidak menghormati ibubapa, mat rempit, bohsia, ibu tanpa nikah, keganasan [...]

Ibu Tanpa Nikah

Ibu tanpa nikah merujuk kepada wanita yang melahirkan anak tanpa nikah, sama ada perhubungan sexsual dengan pasangan itu, suka sama suka ataupun diperkosa. Isu sosial ini menjadi satu persoalan dan permasalahan yang besar kepada pembentukan generasi masyarakat yang akan datang. Bukan sahaja masalah kepada ibu tetapi kepada anak yang dilahirkan itu tanpa bapa. Ini akan [...]