Ibu Buang Bayi & Anak Buang Ibubapa

Bila kita berbicara soal buang bayi, isu ini sentiasa kita terbaca di dalam akhbar harian. Ini adalah satu isu yang cukup menyedihkan kerana apa yang kita dengar dan terbaca biasanya bayi yang dibuang itu mati akibat lemas dalam beg sampah atau lemas dibalut kain serta terbiar. Sedihnya kita bayi yang tak mengerti dan berkuasa untuk bertindak itu mati begitu sahaja, murahnya nilai satu nyawa sehingga sanggup dibuang begitu oleh manusia yang bukan seperti seorang manusia.
Apapun itulah hakikatnya sebahagian masyarakat kita hari ini yang terhakisnya nilai-nilai insan kemanusiaan dan terbinanya sifat kebinatangan dalam diri kerana sanggup membuang darah daging sendiri. Namun apa boleh kita buat…salah siapakah itu semua????? Sebenarnya bayi-bayi ini masih boleh diselamatkan dan boleh diserahkan kepada keluarga angkat jika ibu bayi itu seorang yang perihatin dan mempunyai sifat kemanusiaan jika tidak mahu membelanya, bukan dengan membuang bayi itu.
Untuk mencari keluarga angkat bukannya susah boleh berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, kerana ramai insan-insan yang ingin menjaganya dari dibuang. Persoalannya kenapa masih ada insan yang bernama manusia masih sanggup untuk membuang bayi itu…?????
Soal buang bayi biasa diperkatakan atau kita lihat dan dengar, tetapi bagaimana pula dengan anak yang membuang ibubapa yang daif, tua, miskin, tak berdaya untuk mengurus diri soal makan minum atau berjalan. Ini jarang kita dengar dan diwar-warkan sedangkan sebahagaian masyarakat kita hari ini ramai yang tidak menjaga ibu bapa yang daif ataupun miskin. Ibubapa dibiarkan sendirian malah kita pernah dengar berita melalui akhbar atau media orang tua sudah meninggal dunia 2-3 hari baru diketahui.
Kadang-kadang yang pelik dan hairannya saya ialah si anaknya ramai malah mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat, namun ibu bapa tetap dibiarkan terkapai-kapai mengurus diri untuk makan demi menyambung kehidupan. Kekadang hanya dengan sedikit permasalahan dengan ibubapa anak-anak tetap berkeras dan tidak mahu membantu ibubapanya dalam segala hal. Sedangkan si ibu dan si bapa ini tidak lagi mampu untuk mencari sumber pendapatan masih lagi terpaksa mencari rezeki.
Kekadang si ibu dan si bapa dibiarkan kesakitan di wad-wad hospital tanpa dilawati dan hanya mengharapkan orang lain menjaganya. Kenapalah sebahagian masyarakat kita hari ini begini jadinya, tidak bimbangkah kita akan “SITANGGANG MODEN” akan berlaku lagi. Fikirkanlah sebelum ianya terjadi disekelilingi kita. Hormatilah insan-insan yang yang melahirkan kita dan menjaga kita ketika kita dalam serba kekurangan dan memerlukan orang lain untuk menguruskan diri kita soal kehidupan yakni semasa kita masih bayi.
Ibu aku bangga kerana menjadi anakmu dan Ibu aku bangga kerana kau menjadi ibu. Ibu kaulah permata hatiku,kau terlalu istimewa buatku. Semoga Tuhan sentiasa merahmatimu di dunia dan akhirat. Amin…

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks


Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.

Post Info

This entry was posted on Wednesday, November 5th, 2008 and is filed under Pembangunan Keluarga.

You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.



Previous Post: »
Next Post: »

Read More

Related Reading:



Leave a Reply

Note: Any comments are permitted only because the site owner is letting you post, and any comments will be removed for any reason at the absolute discretion of the site owner.