Sekali Air Bah
Sekali air bah, sekali pantai berubah itulah istilah yang biasa kita dengar atau apabila bah melanda sebahagian negeri di negara kita akan berubah dek kerana bah melanda. Jalanraya mula rosak teruk, rumah ditepi sungai mula runtuh dan hanyut, tanah-tanah tinggi yang dicakar oleh pembangunan mula runtuh sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa. Harta benda rosak akibat banjir mula memasuki rumah, semua urusan kehidupan terganggu akibat jalanraya tidak dapat dilalui lagi oleh kenderaan. Mulalah sebahagian masyarakat, akan mengeluh kerana terpaksa tinggal di pusat perpindahan dalam keadaaan yang sukar dan terganggu, namun terpaksalah menghadapi ini semua kerana keadaan tidak mengizinkan untuk tinggal di rumah sendiri kerana rumah dimasuki air bah.
Itulah keadaannya sekali air bah, namun terfikirkah kita keadaan ini semua mampu dihindarkan jika semua pihak dapat melihat dengan jelas masalah masyarakat seperti kelulusan penempatan perumahan sebelum dibina, masalah longkang, pembinaan dikawasan bukit dan sebagainya.
Namun sekali air bah, barulah sebahagian dari kita, sibuk mencari dimana silapnya, kenapa terjadi, barulah mahu memikirkan soal kesilapan.
Bila nyawa sudah melayang tiada apa lagi yang wajar difikirkan, sudah pasti ada yang kesedihan. Inilah cabaran bagi menguji kehidupan, yang pasti kembalilah kepada kebenaran sudah pasti kita akan dapat menjalani kehidupan yang aman dan tenang tanpa air bah dan tanah runtuh. Kita mampu mengubahnya jika itu yang kita mahukannya.
Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.
Post Info
This entry was posted on Wednesday, December 10th, 2008 and is filed under Renungan.You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.
Previous Post: Ibu Buang Bayi & Anak Buang Ibubapa »
Next Post: Cubaan Bunuh Diri »





