Cubaan Bunuh Diri
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita melalui media cetak dan elektronik ada kes cubaan bunuh diri dengan cara ingin terjun dari bangunan. Semua kes itu berlaku dalam jangka masa yang singkat mula-mula di Kuala Terengganu dan yang kedua di Kuala Berang, namun dengan kecekapan pihak berwajib mangsa cubaan bunuh diri dapat diselamatkan dengan jayanya. Sukar digambarkan masih ada individu yang waras cuba untuk membunuh diri oleh kerana ada konflik dalam diri masing-masing. Yang pasti ianya adalah sesuatu yang amat memalukan apatah lagi ianya diharamkan oleh agama. Dimanakah kewarasan diri dalam membuat tindakan, bukankah tindakan dalam kehidupan perlu disulami dengan minda yang tenang sebelum melakukan sesuatu perkara..
Itu sebahagian kes yang digambarkan dan dapat ditonton oleh masyarakat kita mungkin ramai lagi individu yang bermasalah mengambil tindakan yang sama ataupun mengunakan cara yang lain untuk mengancam nyawanya atau cubaan bunuh diri. Persoalannya kenapa mereka sanggup melakukan itu semua pada hal kita semua sedia maklum itu bukan jalan penyelesaiannya. Jika bermasalah soal rumahtanggan boleh merujuk kepada pihak yang berkaitan sebagai contoh Pejabat Agama Daerah, JKM, Badan-Badan NGO, Kaunseling dan lain-lain lagi
Mungkin juga individu ini malu, segan atau mungkin juga tidak tahu kepada siapa harus diluahkan pemasalahan tersebut sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar dugaan. Dalam hal ini pihak-pihak berkaitan perlulah memberi penerangan kepada masyarakat agar permasalahan boleh disalurkan terus kepada jabatan berkaitan.
Yang paling pentingnya ibubapa perlu memainkan peranan dalam membantu dan mendidik anak-anak agar dapat berkongsi setiap permasalahan yang dihadapi secara bersama.Apa yang saya lihat hari ini anak-anak kurang berkongsi masalah dengan ibu bapa atau saudara malah lebih suka berkongsi masalah dengan kawan-kawan yang belum tentu dapat membantu menyelesaikan masalah. Ini berlaku kerana kurangnya kewujudan jalinan kemesraan dan kasih sayang antara ibubapa dan anak sehinggakan anak-anak tidak sanggup berkongsi masalah atau apa saja isu dengan ibubapa.
Sedar atau tidak inilah sebahagian punca cubaan bunuh diri dikalangan remaja hari ini, lantas wajar semua pihak mengambil satu langkah yang bijak untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku di negara kita. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat dan negara lantas lakukan yang terbaik, fikirkan yang terbaik, gambarkan yang terbaik dan fokuskan yang terbaik. Aku tenang dan aman dalam menjalani kehidupan ini.
Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.
Post Info
This entry was posted on Thursday, December 11th, 2008 and is filed under Masalah Sosial.You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.
Previous Post: Sekali Air Bah »
Next Post: Lahirkan Kasih Sayang »





