Lahirkan Kasih Sayang

Hari ini sebahagian daripada kita amat kurang melahirkan kasih sayang terhadap diri sendiri, anak-anak, isteri, ibubapa maupun ahli keluarga apatah lagi kepada sesama manusia amnya. Kasih sayang semakin terhakis dari hati dan jiwa untuk menyanyangi orang lain. Ianya terhakis oleh kerana disebabkan banyak faktor antaranya kerana ketagih dadah, marah, dendam, pergaduhan, perebutan harta benda, malu dan segan, takut dicaci, terlalu banggakan diri, ego atau mungkin kerana hasad dengki dan sebagainya lagi terlalu banyak sebabnya maka kasih sayang semakin pudar dan semakin hilang dari hati.
Hari ini ibu tanpa nikah berkemungkinan besar akan membuang bayi tanpa rasa nilai kasih dan sayang pada anak. Anak-anak tidak menghiraukan lagi ibu bapa yang daif tinggal sendirian, membiar sakit melarat, menghantar di rumah kebajikan. Sebahagian si suami bertindak ganas terhadap si isteri dengan memukul maupun mendera mental si isteri. Membiarkan anak-anak kebingungan dan kehairanan tanpa bimbingan dalam kehidupan lantas mudah terjerumus kepada masalah sosial.

Kenapa kasih sayang ini harus pudar dalam diri kita, sedangkan kita dibimbing agar menyanyangi diri sendiri dan orang lain. Ingatlah semakin tinggi kasih sayang kita kepada orang lain semakin tinggilah kasih sayang orang lain terhadap kita. Kasih sayang yang dilahirkan kepada keluarga terutama pada isteri/suami atau anak-anak akan merapatkan lagi hubungan, yang sudah pasti akan menambahkan kebahagiaan rumah tangga. Bila rumahtangga bahagia secara tidak langsung keluarga itu akan mencapai ketahap keluarga bahagia maka masalah-masalah sosial masa kini dapat dikurangkan.
Oleh itu lahirkan kasih sayang terhadap semasa insan atau orang yang rapat dengan kita semoga kasih sayang itu akan membawa kesejahteraan dalam kehidupan di masa akan datang. Aku sayang semuanya. Kukuhkan kasih sayang dihati ini. Amin

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks


Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.

Post Info

This entry was posted on Thursday, December 18th, 2008 and is filed under Renungan.

You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.



Previous Post: »
Next Post: »

Read More

Related Reading:



Leave a Reply

Note: Any comments are permitted only because the site owner is letting you post, and any comments will be removed for any reason at the absolute discretion of the site owner.