Maal Hijrah 1430H/2008
Maal Hijrah 1430H, tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia, kedatangannya membawa seribu makna pada umat Islam amnya. Setelah 1430H tahun berlalu kebanyakkan masyarakat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan kemunduran. Masih dikongkong oleh minda dan fahaman yang sempit serta masalah sosial yang seolah tiada kesudahan. Sempena kedatangan tahun 1430H ini amatlah wajar bagi masyarakat untuk bermusahabah diri, melihat perkembangan diri serta kehidupan diri sendiri yang telah ditempuhi sepanjang kehidupan ini.
Melalui muhasabah diri bagi melihat kekurangan dan kelebihan yang dimiliki agar dapat membantu untuk membangunkan diri, keluarga serta masyarakat amnya dalam mencipta kearah perubahan yang positif dan membina kehidupan hari esok. Kerana kehidupan hari esok bermula hari ini, lantas aku sentiasa berusaha muhasabah diri untuk meningkatkan lagi kekuatan dalaman dan diri sendiri dalam meningkatkan kebahagiaan dan ketenangan dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.
Thank you for reading this post. You can now Read Comment (1) or Leave A Trackback.
Post Info
This entry was posted on Tuesday, December 30th, 2008 and is filed under Pembangunan Diri.You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.
Previous Post: Lahirkan Kasih Sayang »
Next Post: Tiada ‘ Sambutan Tahun Baru 2009 ‘ »






December 30th, 2008 10:34
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.