Tiada ‘ Sambutan Tahun Baru 2009 ‘

Ketiadaan sambutan tahun baru 2009 atau menunggu detik 12.00 malam dengan pancaran dan petikan bunga api sebagaimana sebelum ini, pada saya itu satu langkah yang bijak dan amat tepat sekali. Bukan sahaja membazir tapi kurangnya kebaikan ataupun manfaat daripada sambutan tersebut malah banyak masalah sosial yang timbul seperti budaya lepak hingga ke pagi, pergaulan bebas dan lain-lain lagi..
Kerana kebanyakannya remaja atau sebahagian masyarakat tidak pulang terus ke rumah setelah selesai sambutan malah terus berada di kawasan sambutan tersebut. Sudah pasti ini satu kelegaan pada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja agar tidak terus melepak hingga ke awal pagi
Persoalannya apakah yang sewajarnya dilakukan oleh masyarakat bagi menyambut kehadiran tahun baru ini? Saya menyarankan agar semua para intelektual, alim ulamak dan pemimpin negara dapat berganding bahu dalam merencanakan idea bernas dan buah fikiran yang positif agar sambutan dapat dijalankan dengan sempurna dalam konteks negara kita yang berbilang bangsa dan bersesuaian dengan rakyat Malaysia serta status negara Islam contoh di dunia ini. Aku bangga menjadi rakyat negara Malaysia yang aman dan damai.
Thank you for reading this post. You can now Read Comment (1) or Leave A Trackback.
Post Info
This entry was posted on Wednesday, December 31st, 2008 and is filed under Pembangunan Diri.You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.
Previous Post: Maal Hijrah 1430H/2008 »
Next Post: Selamat Tahun Baru 2009 »






May 28th, 2009 11:06
terima kasih di atas penjelasan yang diberikan.kini,saya benar2 memahami apa itu kerja sosial.dengan penjelasan yang diberikan,minat saya dalam bidang kerja sosial ini semaakin bertambah.diharap dengan panduan dan kaedah yang saya pelajari dapat menjadi garis panduan kepada saya untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.sekali lagi,terima kasih.