Keganasan Rumahtangga II

Keganasan rumahtangga adalah sesuatu yang agak kompleks kerana keganasan rumahtangga mungkin dapat dilihat melalui kecederaan atau keparahan serta tekanan mungkin kemurungan mangsa samaada isteri/suami/kanak-kanak/orang kurang upaya atau ahli keluarga yang lain. Namun bagi yang mengalami keganasan rumahtangga yang didera emosi dan mental mungkin agak sukar untuk dilihat atau difahami oleh orang lain.
Keganasan rumahtangga adalah dengan sengaja cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal, menyebabkan kecederaan fizikal, mengancam atau paksaan terhadap mangsa dan melakukan khianat terhadap harta benda yang memungkinkan mangsa berada dalam kesedihan.
Apa yang biasa kita dengar dan ketahui melalui media, biasanya keganasan rumahtangga dilakukan oleh suami kepada isteri atau kanak-kanak. Namun tidak kurang juga ianya dilakukan oleh isteri kepada suami walaubagaimanapun biasanya lelaki kurang melaporkan mungkin kerana malu dan sebagainya.
Persoalannya kenapa harus ada keganasan dalam rumahtangga?? Pada pandangan saya mungkin kerana dendam, cemburu, masalah penagihan dadah, ketagih arak atau mabuk, masalah kewangan, tiada didikan agama, hubungan komunikasi yang lemah antara suami/isteri, campur tangan pihak luar dan sebagainya.
Walau apapun persoalannya keganasan rumahtangga sewajarnya tiada dalam minda dan diri setiap orang dan masyarakat kerana hanya manusia yang kurang waras sahaja mampu untuk melakukan keganasan terhadap orang lain yang kurang berkemampuan dan upaya.
Lahirkan minda yang tenang untuk diri sendiri agar orang disekeliling kita dapat hidup aman dan tenang sepanjang hayat. Saya yakin jika semua memainkan peranan dalam membentuk minda dan emosi yang tenang saya pasti kehidupan masyarakat akan lebih baik dan mencapai kesejahteraan hidup.

Pada saya bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai minda dan emosi yang tenang, setiap individu perlulah mengubah cara memilih makanan, makanlah makanan yang halal lagi baik, menyihatkan serta baik untuk kesihatan. Hanya pastikan yang halal dan baik untuk dijadikan makanan untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak. Semoga berjaya mencapai kesejahteraan hidup.
Thank you for reading this post. You can now Read Comments (3) or Leave A Trackback.
Post Info
This entry was posted on Monday, January 12th, 2009 and is filed under Pembangunan Keluarga.You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.
Previous Post: Stres II »
Next Post: Fikirkan.. »









February 22nd, 2010 11:06
ya, suri sokong tu..bila kemarahan sudah mula berapi dihati..maka syaitan pun mula beraja dihati..
segala tindakan diluar kawalan..kembalilah kepada Allah semula..
Jika kita marah dalam keadaan duduk maka berdirilah..sekiranya marah kita dalam keadaan berdiri maka kita duduklah..
Bersegeralah mengangkat wuduk kerna sesunggunya kepanasan baran itu akan reda dengan mengambil air sembahyang..
February 22nd, 2010 15:16
Betul tu Suri…
March 10th, 2010 12:35
kuatkan iman benteng godaan syaitan- nafsu yang tidak dikawal akan merosakan badan – ikut nafsu lesu- ikut hati mati – ikut rasa binasa – ikut iman aman – wassalam