November 3rd, 2008
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai remaja yang berusia antara 16 tahun hingga 22 tahun mengandung terlebih dahulu barulah berkahwin dengan pasangannya, samaada kita sedar atau tidak itu adalah satu masalah besar kepada masyarakat dan generasi kita akan datang. Yang pasti lahirlah anak tak sah taraf. Read the rest of this entry »
6 Comments » | Posted in Masalah Sosial
January 9th, 2008
Esok bermulanya tahun baru Hijrah 1429, sebagai umat Islam kehadiran tahun baru Hijrah ini hendaklah kita sebagai seorang Muslim menyambut kedatangannya dengan doa, azam untuk membaiki diri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih baik dari tahun sebelumnya agar kehidupan masyarakat di dunia ini hidup dalam keadaan yang lebih aman dan tenang serta keamanan menjadi satu kepastian. Read the rest of this entry »
Leave Comment » | Posted in Pembangunan Diri
December 30th, 2007
Selamat tinggal tahun 2007 dan selamat datang tahun baru 2008 dan akan muncul tidak lama lagi, semoga tahun baru ini akan memberi sinar yang lebih cemerlang dan gemilang untuk kita dan kehidupan. Semoga kehidupan di dunia ini akan bertambah aman serta damai tanpa huru hara dan peperangan. Tanpa kerisauan dan kecelaruan, yang ada hanyalah kejayaan kerana manusia dicipta untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan. Read the rest of this entry »
2 Comments » | Posted in Pembangunan Diri
November 11th, 2007
Seks Bebas
Sebahagian manusia hari terlibat dengan seks bebas tanpa kahwin, hidup bebas tanpa kahwin dan tinggal bersama. Bergaul tanpa segan silu walaupun kekadang gambar hubungan itu dirakamkan oleh kawan-kawan seangkatan dan sekepala dengannya. Sama macam binatang yang hidup bebas serta melakukan hubungan kelamin dengan induk atau segolongannya. Read the rest of this entry »
6 Comments » | Posted in Masalah Sosial
November 5th, 2007
Anak tak sah taraf ( anak luar nikah ) yang didaftarkan semakin bertambah dari setahun ke setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh JKM dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Ini cukup membimbangkan kita masalah sosial ini akan berterusan tanpa komitmen yang bersungguh-sungguh untuk menyekat menularnya hidup bebas, seks bebas dan sebagainya maka bertambah ramailah generasi akan datang lahirnya dari anak luar nikah. Jumlahnya mungkin lebih ramai lagi jika semuanya berdaftar atau dilaporkan. Read the rest of this entry »
6 Comments » | Posted in Pembangunan Keluarga
October 31st, 2007
Di negara kita Malaysia, makanan yang dihidangkan adalah berbagai-bagai termasuklah makanan segera dan makanan ringan. Jika dibandingkan dengan negara luar yang miskin, rakyat negara kita bolehlah dikatakan mewah dengan makanan apatahlah lagi berbagai-bagai, bagi negara yang menghadapi peperangan seperti Iraq sudah tentu rakyaknya agar sukar mendapatkan makanan seperti negara kita. Read the rest of this entry »
Leave Comment » | Posted in Pembangunan Keluarga
October 21st, 2007
Pada 10 Oktober 2007, sebagai seorang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia saya cukup berbangga kerana akhirnya orang melayu mampu menjadi angkasawan serta menakluki dunia yang luas angkasa bersama-sama bangsa lain di dunia ini. Tiada apa yang mustahilnya dalam dunia ini kerana sekarang zaman IT dan teknologi maka orang melayu tidak lagi ketinggalan jika sama-sama mengambil peluang yang baik untuk dimanfaatkan bersama. Dunia membuka mata, dunia memasang telinga mendengarnya. Tahniah Dr SMS, Dr kebanggaan kami. Read the rest of this entry »
Leave Comment » | Posted in Motivasi
October 9th, 2007
Di Alam Kehidupan Ini
Hanya Ada Dua
Yang Perlu Dipilih
Untuk Menjalani Kehidupan
Kesilapan Dalam Memilih
Membawa Padah
Bijak Memilih Membawa Kebahagiaan
Lantas Bertanyalah
Pada Diri Sendiri
Apakah Pilihan Kita Read the rest of this entry »
1 Comment » | Posted in Motivasi
October 7th, 2007
Hari ini dunia yang kita diami semakin panas, akibat rakusnya sebahagian manusia memusnahkan bumi dengan membotakkan bukit atas nama pembangunan dan perniagaan. Kilang-kilang dibina dengan banyaknya dan melepaskan banyak bahan kimia yang jelas mencemarkan alam sekitar. Pembangunan adalah sesuatu yang penting untuk kehidupan namun ianya mestilah berpandukan garis panduan yang betul agar ianya tidak merosakkan kehidupan kita. Read the rest of this entry »
2 Comments » | Posted in Pembangunan Diri
October 2nd, 2007
Pada awal September baru-baru ini di negeri Terengganu Darul Iman, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan rusuhan dan membakar bendera. Aku sedih bila membaca laporan akhbar kerana ada juga masyarakat kita yang bertindak ganas dan menjatuhkan maruah kita sebagai orang melayu yang terkenal dengan sifat lemah lembut serta berbudi bahasa. Di manakah adat ketimuran yang dibawa oleh datuk nenek kita dahulu kala, apakah sudah hilang adat ketimuran. Aku sedih melihat itu semua, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma bagi saya rusuhan dan kekacauan itu tidak perlu dalam kehidupan ini. Read the rest of this entry »
Leave Comment » | Posted in Motivasi