” Dia ” mula menganas…..

257786767320.jpgBaru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang mengemparkan negara dan sungguh menyayat hati, bila mangsa kanak-kanak di bunuh dengan kejam oleh ” dia “. Seluruh rakyat negara tanpa mengira kaum sedih akan peristiwa tersebut serta simpati dia atas apa yang telah berlaku kepada mangsa adik Nurin. Namun kita terpaksa dan pasrah diatas apa yang berlaku itulah salah satu masalah ataupun isu yang hendak atau tidak kita terpaksa dengar dan terima kerana ianya berlaku di negara kita ini. Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kita harap keluarga adik Nurin tabah menghadapinya diatas ketentuan illahi itu. Read the rest of this entry »

Ramadhan..

r.jpgSelamat menyambut Ramadhan kepada seluruh muslim di alam ini. Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini memberi sesuatu yang lebih bermakna pada diri sendiri dan menambahkan lagi kekuatan diri dan pegangan agama yang kita anuti ini. Bulan Ramadhan dan amalan berpuasa sungguh indah untuk dihayati dan difahami. Aku bersyukur pada tuhan yang sentiasa memberi kekuatan pada diri saya untuk menjalani kehidupan ini. Bulan Ramadhan kali ini saya merasakan semakin bermakna buat saya kerana sekaranglah masanya, untuk saya mengenali diri saya dengan lebih dekat lagi dan menjadikan diri saya lebih hebat dari semalam. Hari inilah masanya………

Aku & Penghijrahan

sunn.jpgHari ini aku memulakan kehidupan baru, aku terasa dilahirkan semula dengan kehidupan di dunia baru, untuk aku menjalani kehidupan. Aku sedar kehidupan baru memerlukan kekuatan minda dan kesungguhan dalam diri sendiri untuk meniti hari-hari yang dilalui ini. Kini aku sedar, bahawa aku tidak keseorangan dalam kehidupan, malah aku dikelilingi oleh insan-insan yang hebat dan terbilang serta sentiasa diperhatikan oleh Yang Maha Berkuasa. Hari ini aku bebas dan merdeka mengatur langkah membina dunia baru untuk diri serta keluarga. Kini aku kenal siapa aku dan aku sedar siapa aku dan aku tetap aku. Read the rest of this entry »

Merdeka Kah Bangsaku ?

med.jpg Negara ku telah menyambut ulang
tahun kemerdekaan nya kali ke 50.
Sudah Merdeka kah bangsaku ?
Kerna masih ada
Yang tidur berbumbungkan langit..
Yang berbaring bermandikan embun..
Yang mengemis di kaki kota
Yang menangis dihujung dunia..
Yang hidup dibawah tempurung
Yang berlari digigi laut Read the rest of this entry »

Wanita Adalah Hawa

best-women.jpgHari ini saya memilih tajuk Wanita Adalah Hawa, satu tajuk khusus untuk wanita kerana wanita hari ini mempunyai peranan cukup luas dalam pembangunan keluarga dan maupun membina ekonomi untuk diri maupun keluarga. Wanita harus ingat bahwa mencari sumber pendapatan untuk keluarga bukanlah satu tugas wanita, walau bagaimanapun ianya bukanlah satu kesalahan namun apa yang ingin saya memperkatakan ialah mencari sumber pendapatan bukan tugas wanita itu adalah tugas suami. Wanita bukan sahaja seorang individu, malah juga seorang isteri kepada suami, ibu kepada anaknya, majikan kepada pekerjanya, ahli perniagaan atau seorang pekerja kepada majikan. Wanita hari ini tampil dengan berbagai-bagai kedudukan bergantung setiap individu itu dan tidak sama setiap orang. Read the rest of this entry »

Susu Lembu Punca Gejala Sosial ?

baby-d.jpgHari ini satu topik yang cukup menarik untuk kita bincang dan renungkan bersama dengan tajuk susu lembu punca gejala sosial .. betul ke ? Apakah kerana minun susu lembu maka sebahagian masyarakat kita hari ini mempunyai ” sifat kebinatangan ” . Penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminun susu lembu sebagai ganti susu ibu. Mahu atau tidak inilah hakikat yang harus dipertimbangkan semula kerana bijak pandai ada mengatakan ” kita adalah apa yang kita makan ” Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan tetapi diberi susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain bersifat kebinatangan, bunyinya keras tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas dari binatang liar.

Sebelum ini kita tidak pernah dengar atau siapa saja yang bercakap soal isu ini, namun dalam berita semalam (Berita Harian 6 Ogos 2007) seorang tokoh agama Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Univesiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

lembu.jpgKebimbangan wujud manusia bercirikan kebinatangan, beliau berkata sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ” Nas ” yang bersifat kebinatangan. Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia “Nas” yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi manusia “insan” yang lebih cenderung melakukan kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan. Read the rest of this entry »

Culik & Rogol – Usia 12 Tahun Ditahan.

sedih-r.jpgBerita yang mengejut, bila polis menahan reman enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bagi membantu siasatan kes culik dan rogol bergilir-gilir seorang wanita pada jumaat lalu (Berita Harian 6 Ogos 2007 ) Semua remaja itu tidak lagi bersekolah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 dan 376 kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol. Read the rest of this entry »

Pelajar Perempuan- Bogelkan Kawan

stress.jpgDua hari lepas saya dikejutkan dengan berita dalam akhbar di mana sembilan orang pelajar perempuan dari salah sebuah sekolah menengah, membogelkan seorang pelajar perempuan yang juga kawan sekolahnya hanya kerana mangsa mengatakan salah seorang pelajar terbabit gemuk, kerana dendam dan marah pelajar itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memalukan mangsa. Bukan itu sahaja malah mangsa terpaksa menahan malu kerana menurut mangsa mereka bertindak ganas dengan membuka kemeja T dan seluar jeans yang dipakainya sebelum memotong tali baju dalam dan seluar dalamnya semasa dibogelkan rakaman video juga diambil melalui telefon bimbit dan telah disebarkan. Read the rest of this entry »

Amanah

keluarga1.jpgAmanah adalah satu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada aku sebagai seorang individu. Aku mempunyai amanah kepada diri sendiri, keluarga, kerja dan sebagainya lagi. Setiap individu mempunyai amanah yang berlainan bergantung kepada kedudukan individu itu sendiri. Tanggungjawab itu tidak sama antara satu individu dan individu yang lain dan ianya banyak bergantung kepada amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Read the rest of this entry »

Kekayaan

kereta-sport.jpgAku bersyukur dengan kehidupan sekarang, bahagia, aman dan tenang. Menjalani kehidupan seharian seperti biasa, setiap pagi memandu dan mengorak langkah ke pejabat kerana tugas sebagai sumber ekonomi kehidupanku. Aku bersyukur dengan kekayaan yang aku miliki sekarang mempunyai rumah, kereta. Aku bersyukur kerana mempunyai isteri, anak-anak dan hidup bahagia. Aku bersyukur kerana aku mempunyai kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Read the rest of this entry »

Pages (8): « 1 2 [3] 4 5 6 » ... Last »