July 24th, 2007
Hari ini bila kita membaca akhbar,berbagai-bagai berita tentang guru dan murid yang bermasalah, antaranya isu buli sampai mengancam nyawa pelajar, bergaduh hingga dibuang sekolah, guru tampar murid, murid direndam dalam kolam air, guru pukul murid sehingga ada membuat laporan polis, selain itu tak kurang juga guru mengeluh soal gaji gred DG41 lebih rendah dari DG32 dan berbagai-bagai lagi berita tentang guru dan murid. Read the rest of this entry »
4 Comments » | Posted in Pembangunan Diri
July 23rd, 2007
Membina dunia baru bagi diri sendiri adalah satu langkah bijak dan tepat dalam menjalani kehidupan hari ini, dunia kehidupan hari ini penuh dengan cabaran dan dugaan samaada dari dalam diri, masyarakat maupun keadaan sekeliling. Lantas menyebabkan ada yang bertindak tanpa mengikut lunas-lunas dan cara yang betul. Antara contohnya panas baran, marah keterlaluan, tidak sabar, penakut, tidak berani membuat perubahan, tidak yakin pada diri sediri, sering keliru, banyak memikirkan perkara yang remeh dan temeh dalam diri dan sebagainya. Read the rest of this entry »
25 Comments » | Posted in Pembangunan Diri
July 22nd, 2007
Minggu lalu, rakyat Malaysia bersedih. Pertama dalam bidang sukan bolasepak, Malaysia kalah teruk dibelasah dalam pertandingan Piala Asia oleh pasukan dari kalangan negara Asia. Apa yang sedihnya semua perlawanan itu negara kita kalah teruk. Ramai peminat bolasepak negara sedih dan marah kenapa negara kita dibelasah sampai begitu sekali. Berbagai-bagai saranan yang disyorkan agar menaikkan semula martabat pasukan negara di pentas dunia. Yang pasti semua jurulatih telah dipecat kerana khidmatnya tidak diperlukan lagi. Saya bukan seorang peminat bolasepak, namun sebagai rakyat Malaysia sedih juga bila pasukan kita kalah teruk dikalangan negara Asia. Read the rest of this entry »
2 Comments » | Posted in Renungan
July 22nd, 2007
Pelik bunyi tajuknya, namun harus diingat monyet juga adalah sebahagian makhluk ciptaan tuhan, yang semestinya setiap ciptaan itu ada hikmah. Monyet adalah binatang liar yang hidup secara berkumpulan dan tinggal berhampiran pinggir-pinggir hutan serta kawasan persekitaran perumahan ditepi bukit atau hutan. Apa yang biasa kita lihat monyet akan mencari makan di tong-tong sampah atau di tepi-tepi jalan raya dipinggir hutan. Monyet menjalani kehidupan sama juga seperti binatang-binatang liar yang lain. Hidup secara berkumpulan dan mencari makanan pun secara berkumpulan. Read the rest of this entry »
3 Comments » | Posted in Renungan
July 19th, 2007
Membina Dunia Baru mungkin ini satu perkataan baru bagi setengah orang atau jarang didengar dan disebut. Ianya adalah moto bagi blog saya melalui pembangunan diri sendiri, masyarakat dan pembangunan sosial. Bagi saya membina dunia baru membawa maksud mengubah cara hidup atau membina hidup baru tanpa melanggari syariat agama kearah kecemerlangan diri sendiri agar kehidupan lebih aman dan tenang. Read the rest of this entry »
2 Comments » | Posted in Pembangunan Diri
July 15th, 2007
Aku menulis bukan kerana mencari nama dipentas dunia bloggers dan alam siber, tapi pada aku menulis di blog ini adalah kerana tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan sebagai tanggungjawab sosial kepada semua orang di dunia siber ini. Aku merasakan inilah sahaja peluang bagi aku untuk berbicara, berkongsi pengalaman, pengetahuan yang ada pada diri aku. Read the rest of this entry »
9 Comments » | Posted in Motivasi
July 15th, 2007
Hari ini ( Berita Mingguan 15.07.2007) seorang bayi ditemui ditinggalkan diatas kerusi di sebuah restoran di Taman Datuk Taha, Gemencheh. Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dibalut dengan tuala ditinggalkan dalam kesejukan dan masih berlumuran darah dijumpai oleh pemilik restoran. Bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaffar, Seremban untuk rawatan lanjut dan bayi tersebut dipercayai berbangsa melayu. Read the rest of this entry »
6 Comments » | Posted in Masalah Sosial
July 12th, 2007
Penceraian memberi makna perpecahan, perpisahan antara suami dan isteri , maka berakhirlah sebuah perkahwinan yang dibina bersama antara suami isteri . Perceraian adalah satu kaedah perpisahan antara suami isteri, walaupun dibenarkan dalam agama, namun ianya adalah langkah terakhir bagi menyelesaikan permasalahan suami isteri. Baru-baru saya ada dengar dari kawan saya yang dia, ada jumpa seorang tua dalam lingkungan 70 tahun, mengadu hal nya tentang suaminya yang tidak serasi dan tidak bahagia setelah memendam rasa hampir 40 tahun berkahwin dan akhirnya bernekad untuk berpisah dengan suami dan telah menfailkan di Mahkamah Syariah. Read the rest of this entry »
7 Comments » | Posted in Pembangunan Keluarga
July 12th, 2007
Masyarakat hari ini disajikan dengan pellbagai berita gejala sosial membabitkan generasi muda tidak kurang juga dari generasi tua, seperti ibu tanpa nikah, seks bebas, penagihan dadah, khalwat, tinggal bersama tanpa nikah, lari dari rumah, kahwin/nikah di sempadan negara dan sebagainya lagi. Isu ini mengambarkan kepada kita bahawa institusi kekeluargaan mula retak dan ini akan menimbul masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian oleh semua pihak, terutama individu itu sendiri, ibubapa, pemimpin masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan. Read the rest of this entry »
2 Comments » | Posted in Pembangunan Keluarga
July 11th, 2007
Berita Harian (10.07.2007) menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib pembabitan remaja dalam jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 96 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun lalu, statistik itu menunjukkan jenayah rogol kedua tertinggi selepas pergaduhan. Jenayah rogol dan pergaduhan yang dilaporkan itu adalah antara 1,831 jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan remaja dan pelajar dengan jumlah tangkapan seramai 3,350 orang sepanjang tahun. Read the rest of this entry »
3 Comments » | Posted in Masalah Sosial